Recent Posts

Recent comments

Adik Sharlinie Tidak Dijumpai Lagi?

|

Pelik tapi benar! Itu lah gambaran yang dapat diungkapkan oleh masyarakat terhadap kemampuan pihak berkuasa.

Semalam (19 Feb 2008) TV9 melaporkan bahawa pihak polis telah menukar status kehilangan adik Sharlinie kepada "dalam perhatian" dengan alasan pihak polis terpaksa mengutamakan pilihanraya yang akan datang. Alasan yang diberikan agak munasabah memandangkan pilihanraya umum ke 12 telah pun di tetapkan pada 8 Mac 2008.

==> Klik dibawah ini untuk mendapatkan gambar adik Sharlinie yang telah diubah:

1) pic1
2) pic2
3) pic3
4) pic4


Persoalannya dimanakah hilangnya kanak-kanak malang ini tanpa sebarang khabar berita? Dimanakah kehebatan pasukan polis Malaysia dalam mencari kanak-kanak malang ini? Sering dikhabarkan kepada umum bahawa Polis DiRaja Malaysia (PDRM)adalah antara yang tercekap dan terpantas menjejak penjenayah.

Semoga dengan rehat yang agak panjang ini (sempena pilihanraya umum) akan memberikan ilham buat PDRM untuk menjejak penjenayah terbabit. Bukan sekadar menjejak ketua -ketua parti pembangkang yang tiada kesudahannya. Wallahualam..

.:: BebasBersuara || yakinilah suara anda mampu mencorak negara ::.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: