Dasar dan Mitos!!
- Dasar ekonomi diwujudkan dengan alasan untuk mengukuhkan perpaduan dengan menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan.
- Dasar Ekonomi Baru dan penerusannya Dasar Pembangunan Nasional (1991-
2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan Misi Nasional (2006-2020)
terbukti gagal. - DEB tidak menghapuskan kemiskinan. Data peratus rakyat miskin
berkurangan sebahagian besarnya kerana garis kemiskinan diturunkan. - Perpaduan tidak mungkin dapat diwujudkan melalui pendekatan ekonomi
yang menindas satu segmen masyarakat. - Pembahagian kekayaan negara yang tidak adil.Terengganu dan Sabah kekal
antara negeri paling mundur sekalipun mempunyai hasil petroleum.
Hakikat Setelah 37 Tahun
- Kroni dan keluarga pemimpin politik yang mendapat keuntungan. Pemimpin
UMNO dan BN menggunakan DEB untuk mengkayakan diri. - Dasar memberi bantuan kepada orang Melayu untuk membasmi kemiskinan
diperalatkan sebagai alasan untuk mengkayakan golongan atasan Melayu. - Orang Cina dan India juga mendapat manfaat daripada DEB jika mereka ada
hubungan istimewa dengan elit memerintah. Pemimpin MCA, MIC, Gerakan
dan sebagainya meraih keuntungan terbesar. - Ahli-ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik ini membeli peluang
keuntungan. Kontrak dan projek diperolehi bukan berasaskan pengetahuan
dan kemampuan tetapi siapa yang dikenali.
- Rakyat perlu sedar dan semua pihak perlu mengakui bahawa pertarungan
sekarang ialah antara kelas dan bukan kaum. - Dokumen-dokumen kerajaan mengakui bahawa meskipun kemiskinan mutlak
(mengikut takrifan mereka) berjaya dikurangkan, kemiskinan relatif sedang dan
semakin meningkat. - Meskipun ekonomi Malaysia berkembang, pembahagiannya dilakukan secara
tidak adil.
0 comments:
Post a Comment