Recent Posts

Recent comments

Rakyat tak bayar bil kena saman, pemimpin Umno/BN rasuah bebas - Mujahid

|

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh)] - Ramai di kalangan pemimpin Umno/BN yang dituduh terbabit dengan rasuah membabitkan jutaan ringgit di negara ini bebas, sebaliknya rakyat yang tidak membayar bil hanya kira-kira RM50 disaman hingga ada yang ditahan, kata AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa.

==>> Lagi berita klik disini

Mujahid berkata demikian dalam ceramahnya di Kuala Kubu Baru di Selangor malam tadi yang dihadiri ramai di kalangan bukan Islam.Turut hadir berceramah ialah, wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), N.Gobalakrisnan.

Dalam ceramah tersebut sejumlah 45 borang menyertai KeADILan diserah masyarakat India kepada Gobalakrisnan.

"Selepas 50 tahun kita merdeka, apa yang berlaku ialah apa yang dilakukan kerajaan hanya menyebabkan orang MCA marah kepada MCA, MIC marah kepada MIC, orang Melayu marah kepada Umno, kata Mujahid.

Menurut Mujahid, negara ini sangat kaya dengan hasil dan khazanah negara, bagaimanapun salah tadbir yang diamalkan Umno dengan amalan rasuah, penyelewengan dan pembolotan hasil kekayaan oleh segelintir kroni menyebabkan rakyat merana.

"Negara kaya, orang bawah tidak dapat agihan kekayaan itu.Kerajaan hanya pentingkan mega projek, mahu kasi projek besar2-besar kepada kroni,

"Rakyat kena cukai, kenaikan tol dan pelbagai cukai-cukai lain. Penghapusan subsidi minyak sebabkan rakyat kena tangung harga minyak tinggi," katanya.

Apa yang memedihkan lagi kata Mujahid, rakyat yang susah yang tidak mampu membayar bayar bil perkhidmatana RM50 ringgit dikenakan tindakan hingga disaman dan ditahan.

Sebaliknya pemimpin yang kaya-raya yang disabitkan dengan kes rasuah hingga ada yang laporannya dibawa ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidakpun dikenakan tindakan.

Malah katanya lagi pemimpin Umno/BN yang dituduh rasuah bebas untuk terus menyedut duit rakyat dengan rakusnya.

"Mereka curi duit negara tetapi tak ditangkap, tetapi rakyat tak bayar bil RM50 kena saman," katanya.

Bagi Mujahid, kerajaan yang diterajui Umno/BN sebenarnya tidak boleh menjaga kebajikan negara, sebaliknya Barisan Alternatif (BA) mampu untuk menjaga rakyat.

"Justeru pengundi mesti bentuk politik baru masa depan negara yang diterajui BA.BA akan perjuangkan konsep orang Melayu mesti anggap masalah orang India adalah masalah orang Melayu, orang India mesti anggapa masalah Melayu masalah India juga, orang Cina mesti anggap masalah Melayu masalah mereka juga dan orang Melayu mesti anggap masalah orang Cina masalah Melayu juga," katanya.

Jika hal ini tidak berlaku katanya, perpaduan di negara ini akan terus bermasalah selagi Umno/BN menjalankan dasar perkauman yang diwarisi sejak 50 tahun lalu.

.::Terima Kasih Harakahdaily || report broken link::.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: