Recent Posts

Recent comments

Antara 'Surau Rantau' di Rembau dan 'Masjid Kristal' di Terengganu

|

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Pada 15 Februari 2008 Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani bersama Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Rembau, Rozmal Malakan telah melakukan lawatan ke pekan Rantau dalam Parlimen Rembau (tempat Khairy Jamaluddin bertanding).

==>>Lagi berita klik disini

Rombongan singgah di Surau Pekan Rantau untuk menunaikan solat. Walaupun pada pagar Surau Pekan Rantau dihiasi dengan bendera BN dan Umno, mereka tidak memberi komen, kata Taufek kepada Harakahdaily.

Apa yang menyedihkan ialah kemudahan yang terdapat dalam Surau Pekan Rantau begitu daif sekali, walaupun Bilik Gerakan BN terletak betul-betul di hadapan surau tersebut, katanya.

Permaidani surau tersebut begitu uzur, sehingga habuk-habuk karpet tersebut melekat pada tapak tangan, kaki dan dahi, katanya.

"Walhal Dun Rantau ialah Dun yang akan dipertahankan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato'Seri Mohammad Hassan. Itulah kesannya apabila sesuatu kawasan itu tiada pembangkang yang kuat.

"Tidak seperti di Terengganu dan Kelantan di mana masing-masing berlumba-lumba untuk membangunkan negeri tersebut dengan Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, pembinaan 62 buah masjid baru dalam tempoh 4 tahun. Tetapi di Negeri Sembilan, Surau Pekan Rantau sendiri begitu daif." katanya.

"Harap-harap selepas keluar tulisan ini, adalah yang jenguk-jenguk Surau Pekan Rantau, tukar permaidani baru dan sebagainya. Jangan setakat letak bendera baru pada pagar surau.

Bukan sahaja di Rantau, malah banyak surau-surau dan masjid-masjid lain di Parlimen Rembau, Dun Paroi, Dun Kota dan Dun Chembong, katanya.

Katanya kini Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau sanggup pergi ke Kelantan menggerakkan jentera pilihan raya di Pantai Timur.

Bagaimanapun, Khairy tidak menghabiskan sepenuh masa, tenaga dan kewangan untuk menambat hati pengundi, hati petugas Umno di Negeri Sembilan. - mks.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: