Recent Posts

Recent comments

Nurul Izzah lawan Shahrizat di Lembah Pantai

|

KUALA LUMPUR, 22 Feb- Anak sulung Dato' Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah Anwar mengesahkan eliau akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Nurul dalam jawapan singkat kepada sms yang dihantar oleh wartawan KLpos.com memberitahu beliau beliau jadi bertanding di Lembah Pantai.

"Sementara itu, Pengarah Operasi Pilihanraya KeADILan Lembah Pantai, Mat Zaman Tasi memberitahu persiapan jentera di Parlimen berkenaan sudah hampir selesai.

"Kami tunggu masa untuk berkempen sahaja, dan kami menjanjikan cara berkempen baru yang dicipta untuk menarik sokongan pengundi wanita," katanya kepada KLpos.com.

Menurut beliau, perarakan calon Nurul Izzah akan bermula dari depan CIMB Bangsar menuju ke Komplek Sukan Bangsar.

"Ribuan penyokong PKR dan PAS dijangka turut serta pada hari berkenaan," katanya.

Mengenai peluang Nurul Izzah, kata Mat Zaman sehingga kini, berdasarkan culaan akhir, Nurul Izzah di depan dengan 55 peratus sokongan berbanding penyandang Dato' Seri Shahrizat Jalil.

"Shahrizat sudah empat penggal di sini, terlalu lama, orang sudah jemu dengan gaya beliau, mereka berjanji kali ini mereka akan mengundi calon muda," kata Mat Zaman.

Bagaimanapun pengumuman penuh senarai calon KeADILan seluruh negara dijangka diumumkan Dato' Seri Anwar hari ini.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: