Recent Posts

Recent comments

Samy Vellu sedia berundur sekarang

|



KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) sedia berundur daripada parti itu sekarang dan tidak bertanding pada pilihan raya umum bulan depan, jika masyarakat India tidak mahukannya lagi.

Beliau yang menerajui MIC sejak 1981 dan genap berusia 72 tahun pada hari pengundian 8 Mac ini, bagaimanapun berkata, keputusan itu perlu dibuat masyarakat India seluruh negara dan bukan pihak luar.

"Saya bercadang berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal lagi dan ia mungkin menjadi penggal terakhir saya dalam politik... saya akan pergi selepas itu.

"Tapi, jika masyarakat India seluruh negara memutuskan tidak mahu saya mewakili mereka lagi dalam kerajaan, saya sedia untuk pergi sekarang," katanya selepas melancarkan Persidangan Perkhidmatan Perdagangan Profesional Pan Komanwel di sini, semalam.

Samy Vellu yang juga Menteri Kerjaraya mula bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada 1974, mengalahkan calon DAP, P Patoo dengan majoriti 644 undi. Sejak itu, beliau terus mempertahankan kerusi berkenaan.

Ditanya sama ada tindakan beberapa pihak mencemuh dan menyuarakan kemarahan terhadapnya memberi gambaran bahawa beliau perlu berundur daripada politik sekarang, Samy Vellu berkata, beliau tidak boleh meninggalkan parti begitu saja.

==>> Lagi berita klik disini

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: