Recent Posts

Recent comments

Mengimbau pilihan raya

|

Pilihan raya lalu jauh berbeza: Kemiskinan menyebabkan calon ketika berkempen membawa gula, teh dan biskut, untuk diberikan kepada tuan rumah

GENDANG sudah dipalu dan hanya menanti tari mengikut rentak. Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Rabu lalu, akhirnya menjawab teka-teki mengenai pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, demam pilihan raya sebenarnya sudah melanda seluruh pelusuk negara sejak berbulan-bulan lalu.

Apabila gendang dipalu secara rasmi, bermakna bilik gerakan parti politik yang sudah dibuka kini mula beroperasi. Poster dan bendera pula sedia ditampal dan digantung. Di kalangan parti politik, senarai calon yang bakal bertanding kini memasuki peringkat akhir sebelum diumumkan.

Bagaimanapun, pilihan raya bukan hanya untuk ahli politik. Inilah masa rakyat menjadi raja untuk membuat pemilihan bijak hanya sekali dalam tempoh lima tahun.

Walaupun zaman berubah, pilihan raya tetap sama, tetapi kaedah berubah. Ketika berceramah di khalayak ramai masih menjadi cara berkempen popular, kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan saluran internet se
perti laman web dan blog mula menjadi pilihan.

Begitu juga Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang turut dijadikan saluran berkempen. Itulah bezanya pilihan raya dulu dan sekarang.

SUDAH terang lagi bersuluh. Ketibaan pilihan raya umum ke-12 amat dinanti-nantikan, terutama di kalangan
pengundi baru. Jika sebelum ini hanya melihat dan mendengar cerita orang lain, kali ini berpeluang memasukk
an sendiri kertas undi ke dalam peti.

Mereka yang pernah mengundi juga menantikan kehadiran pilihan raya untuk menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warga negara memilih calon dan parti yang membentuk kerajaan serta memerintah negara.

Menjelang pilihan raya umum ke-12, sebahagian besar penduduk negara tidak tahu atau ingat permulaan pilihan raya umum di negara ini.

Pilihan raya pertama diadakan pada zaman penjajahan Inggeris, iaitu pada 27 Julai 1955, bertujuan menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan.

==>> Lagi berita klik disini

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: