Hari ini (22 Feb 2008) Tv3 melaporkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk membenarkan anak-anak peladang mendaftar ke sekolah tanpa perlu menunggu pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebaliknya memadailah dengan mendapat pengesahan dari ketua kampung dan JKKK. Kebenaran ini diputuskan oleh kabinet dengan alasan agar tiada keciciran dikalangan masyarakat luar bandar.
Diharapkan ini bukanlah keputusan yang akan merugikan rakyat Malaysia kerana dikhuatiri rakyat asing yang tinggal di negara ini akan mengambil kesempatan diatas keputusan kabinet sempena pilihanraya ini.
Penulis berpendapat perkara besar seperti ini sepatutnya bukan diselesaikan dengan cara memudahkan mereka mendaftar anak-anak mereka ke sekolah tanpa kebenaran JPN (kerana tiada sijil kelahiran), sebaliknya urusan memudahkan persekolahan dan pendaftaran anak-anak tersebut mesti melalui proses di JPN tetapi karenah birokrasi yang sedia ada yang sepatutnya dikurangkan. Diharapkan pihak kabinet tidak membuat kesilapan yang sangat besar dengan menggadaikan peluang anak-anak Malaysia.
Recent Posts
Recent comments
Posted by .::BebasBersuara::. at 8:33:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment