Recent Posts

Recent comments

Pertembungan Shahrizat - Izzah, Pirdaus - Wan Azizah warnai pilihan raya

|

Pilihanraya ke 12 kali ini dijangka lebih menarik di beberapa kawasan kerana melibatkan menantu, mentua, anak, ayah dan ibu. Berbeza dengan pilihanraya lalu yang menampilkan calon-calon nama besar melawan antara satu sama lain, kini semakin ramai anak muda yang berkaliber bertanding merebut kawasan yang diidamkan.

Antara pertembungan yang dijangka menarik ialah kerusi Parlimen Lembah Pantai yang bakal menyaksikan pertembungan dua generasi apabila penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhadapan dengan Nurul Izzah Anwar, anak Presiden PKR sebagai calon parti pembangkang itu.

Shahrizat, 55, yang pernah menewaskan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu, berkata beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja termasuk Nurul Izzah, 28, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail, sekali lagi berhadapan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas tewas dengan majoriti tipis 590 undi pada pilihan raya umum 2004.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: